Rentas negeri ketika Aidilfitri boleh cetus gelombang keempat – Pakar

1100

Pembukaan sempadan untuk rentas negeri ketika Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini selepas peningkatan kes baharu Covid-19 mencecah 2,000 sehari.

Menurut Pakar Epidemiologi dan Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan, perkara itu dibuktikan apabila tercetusnya kluster di Terengganu yang dibawa hasil rentas negeri dari Sabah untuk menghadiri kenduri perkahwinan.



Katanya, kebenaran merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini.

“Pandangan saya kalau tengok keadaan semasa, sebelum ini kita pernah mencapai angka selesa di bawah 100 kes, kemudian kita buka sempadan negeri menyebabkan kes naik terus.

“Dalam keadaan sekarang jika kita buka sempadan sedangkan kes melebihi 2,000 sehari, saya rasa tak betullah. Saya tidak rasa kerajaan akan membenarkan rentas negeri untuk Aidilfitri,” katanya.

rentas negeri aidilfitri

Dr Mohd Rohaizat berkata, jika adanya pematuhan SOP tidak akan ada jangkitan sebesar itu malah jika ada pastinya paling minimum.

Menurutnya, orang ramai seharusnya tidak menyalahgunakan kelonggaran diberikan kerajaan apabila kes turun.

“Malah saya rasa tiada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan untuk kali ketiga kerana kita sudah nampak kesan besar yang berlaku kepada ekonomi dan kehidupan untuk dua PKP sebelum ini.

“Apa yang perlu kita lakukan hanyalah patuh SOP, jangan terlampau selesa dan jaga diri sendiri sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang berjalan ketika ini,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here