Dan Parker akan mencuba untuk mendapatkan Guinness World Record baharu bagi ‘kelajuan terpantas bagi kereta yang dipandu dengan mata tertutup’. Dia merancang untuk melakukan percubaan ini menggunakan sebuah Chevrolet Corvette C6 yang telah diubah suai.
Parker kehilangan penglihatannya apabila Corvette 1963 yang dipandunya merempuh penghadang litar pada 2012, dan untuk mendapatkan rekod baharu ini, dia perlu melepasi rekod semasa iaitu 322.6km/j yang dipegang Mike Newton.
Parker terlibat dengan nama-nama besar yang akan membantunya dalam percubaan ini, termasuk Cruise dari General Motors.
Corvette C6 yang akan digunakan untuk percubaan ini telah diubahsuai untuk menghasilkan 800hp, termasuk sistem bantuan khas yang akan memberi maklum balas yang dapat didengar oleh Parker. Dia sebelum ini telah memandu kereta tersebut pada kelajuan melebihi 240km/j.
“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang buta dan menunjukkan kemampuan kami, membuat sejarah dengan menetapkan rekod dunia baru dan menunjukkan potensi teknologi baru seperti kereta autonomi untuk membantu orang buta,” kata Parker.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar