Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan menggalakkan – Menteri Pengangkutan

1289

Diskaun 70 peratus yang ditawarkan bagi pembayaran saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Selasa lalu, mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, ia mendapat sambutan khususnya pada mereka yang mempunyai saman tertunggak kerana itu adalah yang ditunggu-tunggu orang ramai untuk membayar saman.



“Diskaun berkenaan memberi kebaikan kepada pengguna jalan raya, khususnya mereka yang masih dalam tindakan senarai hitam untuk membayar saman tertunggak, selain meringankan beban golongan kehilangan kerja,” kata Ka Siong.

Saman JPJ

“Pengguna jalan raya memang menunggu untuk melunaskan saman kerana dalam keadaan gawat ketika ini, ada yang hilang pekerjaan dan cuba mencari pekerjaan lain serta pada masa sama perlu memperbaharui lesen, sekali gus keluar dari senarai hitam,” tambahnya.

Isnin lalu, Ka Siong dilaporkan berkata tawaran diskaun saman yang boleh dikompaun itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membabitkan 3.5 juta saman aktif dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here