Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini mengumumkan secara rasmi harga Nissan Navara baharu yang ditawarkan dalam enam varian berbeza.
Senarai varian adalah seperti berikut:
- Navara 2.5L Single Cab Manual – RM91,900
- Navara 2.5L SE Manual – RM110,900
- Navara 2.5L SE Auto – RM116,900
- Navara 2.5L V Auto – RM125,500
- Navara 2.5L VL Auto – RM137,900
- Navara 2.5L PRO-4X Auto – RM142,200
Jaminan 5-tahun atau 150,000km (yang mana dahulu) adalah standard untuk semua varian.
Bergantung kepada varian, Nissan Navara 2021 hadir dengan dua pilihan enjin. Untuk Single Cab dan SE Manual, ia dipacu enjin turbo-diesel 2.5-liter YD25 4-silinder berkuasa 160hp dan 403Nm tork. Transmisi ialah manual 6-kelajuan.
Sementara itu, varian selebihnya dikuasakan oleh enjin turbo-diesel 2.5-liter YD25 4-silinder dengan 187hp dan 450Nm tork. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 7-kelajuan.
Varian-varian Nissan Navara baharu (kecuali single cab) dilengkapi sistem suspensi belakang jenis Multilink dengan Dual-Rate Coil Springs yang berfungsi mengurangkan pergerakan badan kenderaan.
Sistem Electronic Locking Rear Differential yang disertakan pula berfungsi mengunci kedua-dua roda belakang untuk membolehkannya berpusing pada kelajuan yang sama jika tersekat di laluan berpasir, berlumpur dan permukaan jalan yang mencabar.
Ciri Tailgate Assist baharu pula akan membantu membuatkan pintu ruang kargo belakang lebih ringan untuk dibuka dan ditutup, selain pemijak Bampar Belakang Bersepadu (Integrated Rear Bumper Step) membuatkan akses ke ruang kargo belakang lebih mudah.
Kaca Laminasi Akustik yang disediakan mampu menyingkirkan bunyi pada cermin utama dan cermin tingkap hadapan, dan menambah baik aspek kesenyapan ruang kabin.
Ciri keselamatan pula terdiri daripada Vehicle Dynamic Control, Traction Control System, Active Brake Limited Slip Differential, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Anti-Lock Braking System, Electronic Brake Distribution dan Brake Assist.
Ciri keselamatan teknologi Nissan Intelligent Mobility sedia ada pada varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V Auto.
Selain itu, pelbagai Aksesori Eksklusif juga ditawarkan di bawah Pakej Protection (RM10,950), Pakej Premium (RM10,150), dan Pakej Under Protector (RM3,200). Kesemua aksesori ini mendapat jaminan 3-tahun atau 100,000km (yang mana dahulu).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar