
Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo meraih kejuaraan MotoGP buat kali kedua berturut-turut selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Portugal semalam.
Sementara itu, Marc Marquez yang menunggang jentera Honda menduduki tempat ketujuh selepas sembilan bulan tidak berlumba.
Pelumba Itali, Francesco Bagnaia dari Ducati menduduki tempat kedua, diikuti penyandang juara, Joan Mir (Suzuki) di kedudukan ketiga.
A sight we may get used to in 2021! 😎
Two out of three for @FabioQ20! 🏆🏆#PortugueseGP 🇵🇹 pic.twitter.com/uCH4Yekjhq
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 18, 2021
Pendahulu keseluruhan, Johann Zarco (Ducati-Pramac), pula gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan.
Keputusan penuh Grand Prix Portugal
1. Fabio Quartararo – Monster Yamaha
2. Francesco Bagnaia – Ducati Team
3. Joan Mir – Suzuki Ecstar
4. Franco Morbidelli – Petronas Yamaha
5. Brad Binder – Red Bull KTM
6. Aleix Espargaro – Aprilia Gresini
7. Marc Marquez – Repsol Honda
8. Alex Marquez – LCR Honda
9. Enea Bastianini – Avintia Ducati
10. Takaaki Nakagami – LCR Honda
11. Maverick Viñales – Monster Yamaha
12. Luca Marini – Sky VR46 Avintia Ducati
13. Danilo Petrucci – KTM Tech3
14. Lorenzo Savadori – Aprilia Gresini
15. Iker Lecuona – KTM Tech3
16. Miguel Oliveira – Red Bull KTM
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar