
Max Verstappen kekal tenang dalam perlumbaan yang dibayangi hujan lebat untuk muncul juara Grand Prix (GP) Emilia Romagna, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berjaya bangkit daripada kesilapan bagi meraih tempat kedua.
Pemandu Red Bull itu berjaya mengatasi Hamilton yang bermula dari petak utama selepas memintas di selekoh pertama di Imola bagi mencatat kemenangan sulung musim ini.
Class of the field 👏@Max33Verstappen blew away the competition for the 11th win of his career!#ImolaGP 🇮🇹 #F1 @redbullracing pic.twitter.com/Ic7iOc1VBa
— Formula 1 (@F1) April 18, 2021
“Saya terkejut dengan kejayaan ini. Kami bekerja keras untuk menjadi terbaik dalam perlumbaan. Dalam perlumbaan yang mencabar kami berjaya melakukan tugasan dengan cemerlang,” kata Verstappen.
Lando Norris dari McLaren pula berjaya meraih tempat ketiga.
Keputusan penuh GP Emilia Romagna
1. Max Verstappen – Red Bull-Honda
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Lando Norris – McLaren-Mercedes
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Carlos Sainz Jnr – Ferrari
6. Daniel Ricciardo – McLaren-Mercedes
7. Pierre Gasly – AlphaTauri-Honda
8. Lance Stroll – Aston Martin-Mercedes
9. Esteban Ocon – Alpine-Renault
10. Fernando Alonso – Alpine-Renault
11. Sergio Perez – Red Bull-Honda
12. Yuki Tsunoda – AlphaTauri-Honda
13. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo-Ferrari
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo-Ferrari
15. Sebastian Vettel – Aston Martin-Mercedes
16. Mick Schumacher – Haas-Ferrari
17. Nikita Mazepin – Haas-Ferrari
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar