Datuk Nash kemalangan, luka pada muka dan sakit dada

1880

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Jamaludin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash luka pada muka dan sakit dada selepas kenderaan dinaikinya bersama pemandu terbabit dalam kemalangan di Seremban, petang semalam.

datuk nash

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, nahas berlaku di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pada jam 4 petang.



Katanya, Toyota Harrier yang dinaiki bekas vokalis Kumpulan Lefthanded bersama pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

datuk nash

“Kereta yang dinaiki penyanyi itu telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” kata Mohd Said.

“Akibat kemalangan, Nash luka pada muka dan sakit dada, manakala pemandunya pula cedera ringan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya.

Beliau berkata, penyanyi itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here