Beratus-ratus unit ekzos motosikal yang tidak memenuhi standard yang dirampas sejak Mac lalu dijadikan tugu oleh Unit Polis Trafik Serang, daerah Banten, Jakarta, Indonesia, semalam.
Monumen yang didirikan di hadapan hadapan balai polis Serang yang terletak di Kampung Cisait Muncang, Serang, mengambil masa empat hari untuk disiapkan bermula 12 hingga 16 April lalu.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan masyarakat agar jangan menggunakan ekzos yang tidak menepati standard.
Selain itu, unit trafik itu juga berharap ia memberi kesedaran kepada pemandu yang menggunakan ekzos tersebut bahawa ia mengganggu orang awam.
“Tujuan tugu ini dibina ialah untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan ekzos yang mematuhi standard,” kata Ketua Unit Trafik Serang, Mariyono.
Pihak polis juga menjalankan Operasi Keselamatan Maung 2021 yang bermula daripada 12 April hingga 25 April depan.
Maung 2021 bertujuan untuk mencegah penggunaan aksesori kenderaan yang tidak mematuhi standard dan memberikan maklumat kepada masyarakat untuk sentiasa mengutamakan keselamatan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar