Ferrari 812 edisi istimewa belum ada nama rasmi, enjin NA dengan redline 9,500rpm!

1287

Selepas beberapa ura-ura dan gambar bocor, Ferrari akhirnya mendedahkan sedikit imej dan spesifikasi teknikal model 812 edisi istimewa.

Nama rasminya belum kita ketahui, hanya akan dimumkan pada 5 Mei nanti, tapi buat masa ini ia dipanggil 812 ‘edisi istimewa’ (Versione Speciale).



812 VS ini nampak jauh lebih agresif dari Superfast ‘standard’ dan masih kekal cantik seperti model Ferrari moden yang lain.

Terdapat ruang-ruang dan rongga udara di sekitar badannya seperti kemasukan lebih besar di depan, dan sirip tepi di belakang roda belakang. Lip depannya lebih terkeluar dari model biasa, dan cermin belakang diganti dengan panel aluminium mengikut warna badan.

Dapat dilihat juga ekzos quad sebelum ini telah tiada, sebaliknya diganti dengan dua ekzos petak menegak di hujung kiri kanan bampar. Ini membolehkan Ferrari 812 VS mendapat diffuser gentian karbon lebih besar di tengahnya.

Maklumat terperinci enjin belum didedahkan, tetapi unit V12 ini telah ditala untuk memerah 830hp, menjadikannya enjin Ferrari paling berkuasa untuk kegunaan jalanan. Ya, SF90 Stradale dan LaFerrari lebih berkuasa, tetapi model-model itu mendapat bantuan hibrid, manakala 812 VS ini enjin semata-mata.

Ia juga enjin Ferrari dengan kemampuan rev paling tinggi, dan jumlah hp puncak diletak di hujung hampir dengan 9,500rpm. Jadi anda akan pastikan 812 ini menjerit dengan bunyi merdu sambil memerah kuasa maksimanya.

Untuk perbandingan, Ferrari 812 Superfast ‘biasa’ menghasilkan 800hp pada 8,500rpm, jadi model VS ini mampu rev 1,000rpm lebih lagi. Tak dapat dibayang bagaimana bunyinya..

Menggabungkan lebih kuasa dan perubahan pada aspek aerodinamik, 812 VS ini juga pastinya lebih pantas di litar berbanding Superfast.

Dari segi pecutan, 812 VS ini juga patut mengalahkan pecutan 812 Superfast iaitu 2.9 saat untuk mencapai 100km/j, 7.9 saat untuk mencapai 200km/j, dan kelajuan maksima 340km/j.

Ciri lain adalah sistem stereng empat-roda, Side Slip Control versi terkini dan berat yang dikurangkan melalui penggunaan gentian karbon secara menyeluruh.

Itu sahaja perincian yang dapat kami kongsikan buat masa ini. Nantikan laporan 5 Mei nanti untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui nama rasminya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here