Proton mula kerja pembesaran kilang Tanjung Malim, pelaburan RM200 juta

3032

Proton memulakan kerja untuk perkembangan baru di kilang Tanjung Malim hari ini apabila upacara memecah tanah untuk kilang penghentakan (stamping) badan kereta baru telah dilakukan oleh pihak pengurusan.

Penambahan fasiliti ini akan memberi sumbangan kepada barisan pengeluaran yang sedia ada kerana jentera hentakan Superlarge yang akan diguna mampu meningkatkan kebolehan Proton.



Lebih penting lagi, perkembangan ini adalah sebahagian rancangan syarikat untuk menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang.

Pelaburan sebanyak RM200 juta ini merupakan sebahagian dari rancangan syarikat itu untuk menaikkan taraf Tanjung Malim ke kilang pembuatan tahap dunia.

Kilang Proton di Tanjung Malim. Foto: NST

Ia akan membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar dan selain daripada pelaburan ini, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada tahun 2019.

Mereka berkata pelaburan ini adalah selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan mereka kerana ia membolehkan pembuatan pelbagai model.

Ia juga selaras dengan strategi teknologi Prootn kerana kilang baru itu akan menggunakan alatan dan sistem canggih.

“Penambahan baru ini adalah sebahagian dari strategi kami untuk memastikan kami boleh terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model tetapi lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baru,” tambahnya.

Proton akan menempatkan kilang penghentakan baru ini bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada dan dijangka akan siap pada suku ketiga 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here