Luca Corberi dilarang untuk terlibat dalam perlumbaan selama 15 tahun oleh Federation Internationale de l’Automobile (FIA) berikutan tindakannya yang memalukan di final FIA Karting World Championship 2020.
Pada saingan itu, pelumba kelahiran Itali tersebut bertindak melempar bampar Go Kart miliknya kepada Paolo Ippolito, kerana menganggap perlumba tersebut menyebabkannya tersingkir dari perlumbaan.
Setelah perlumbaan tamat, Corberi dan bapanya, yang merupakan pemilik litar perlumbaan sekali lagi menyerang Ippolito.
Luca Corberi, the karter who threw his bumper at a competitor and attacked a fellow driver, has been banned from racing for 15 years by the FIA.
(via @F1FeederSeries1)pic.twitter.com/WuaNAxOoI0
— ESPN F1 (@ESPNF1) April 20, 2021
Menurut Corberi, setelah insiden tersebut, dia telah berhenti untuk berlumba buat selama-lamanya, manakala Juara Dunia Formula 1 2009, Jenson Button meminta larangan berlumba seumur hidup dikenakan kepada pelumba Itali itu.
Bagaimanapun, hukuman larangan untuk terlibat dalam perlumbaan selama 15 tahun telah dijatuhkan oleh FIA, dan tindakan sebegitu rupa belum pernah terjadi dalam dunia sukan permotoran.
Karter Luca Corberi continues to vent his anger after the kart race. Somebody arrest this guy. (via @EstagiariodaF1) pic.twitter.com/R9Kuk2VI4G
— F1 Feeder Series (@F1FeederSeries1) October 4, 2020
Akibat daripada hukuman yang dikenakan, Corberi kini dilarang untuk mengambil bahagian dalam sebarang acara sukan permotoran yang diatur secara langsung mahupun tidak oleh FIA atau ANS.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar