Seorang pemandu Uber di Florida, Amerika Syarikat cemas apabila penumpangnya yang merupakan seorang wanita secara tiba-tiba menyerangnya.
Suspek iaitu Michele Stilwell, 55, dilaporkan menyerang pemandu, Michael Hassey Jr, 22 dari bahagian belakang kereta dengan mencekik, mencakar dan menggigitnya pada 17 April lalu sekitar jam 4:45 petang.
Menurut Hassey, Stilwell pada mulanya tertidur sepanjang perjalanan, namun wanita tersebut mula menyerangnya ketika tersedar dari tidur dan ketika dia masih memandu.
Hassey cuba melepaskan diri, namun Stilwell bertindak duduk pada konsol tengah dan menggigit lehernya.
Semasa dalam pergelutan itu, Hassey cuba mempertahankan dirinya dengan mengubungi 911, namun tindakan itu gagal apabila Stilwell merampas telefon dari tangannya.
Lanjut Hassey, dia tidak pernah mengalami situasi tersebut dan berfikir dia akan mati susulan daripada serangan itu.
Stilwell difahamkan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian, dan menurut pihak berkuasa, saksi yang terlibat terpaksa menjauhkannya dari mangsa sehingga pihak polis tiba di tempat kejadian.
Stilwell ditahan atas kesalahan sengaja menyetuh atau menyerang sehingga menyebabkan kecederaan tubuh badan ataupun cacat kekal kepada mangsa. Dia kemudian dibebaskan dengan bon USD15,000 (RM61,642).
Menurut suami Stilwell, Rob, wanita itu tidak ingat kejadian yang berlaku dan mengapa dia bertindak menyerang pemandu Uber itu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar