Dua buah kereta peronda polis Amerika Syarikat terlibat dalam kemalangan di Washington, D.C gara-gara anggota polis yang berlumba antara satu sama lain.
Anggota polis yang terlibat difahamkan saling berlumba di Anacostia Avenue berhampiran Kenilworth Park & Aquatic Garden, dengan kelajuan hingga 96km/j.
Video yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta peronda bertembung antara satu sama lain, dan salah satu daripadanya menghancurkan pagar sebuah rumah.
“Dua buah kereta peronda 6D terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan kerana pegawai yang bertugas membuat keputusan untuk tidak memerangi jenayah dan melakukan rondaan, malah mereka saling berlumba di Anacostia Avenue pada pukul 5 petang,” kata Komander 6D, Durriiah Habeebullah.
“Apa yang dikatakan ini kepada semua anggota MPD yang bersemangat dengan kerja dan bekerja keras setiap hari untuk membuat sesuatu yang berbeza. Ini tidak adil bagi kita semua,” tambahnya.
Seramai empat orang pegawai polis yang terlibat dalam kemalangan ini, dan kesemua mereka masih baru dalam pasukan.
Lanjut Habeebullah, kesemua pegawai yang terlibat kini ditahan bagi mengadakan perbincangan dan memberi amran tentang bahaya memandu secara melulu dan terburu-buru.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar