Ketika ini, India menghadapi gelombang kedua pandemik Covid-19 yang lebih ‘agresif’ daripada tahun lalu. Ratusan nyawa hilang setiap hari kerana jangkitan virus Corona (Covid-19).
Selain itu, orang kenamaan dan seniman terkenal di India difahamkan sibuk meninggalkan negara itu dengan menggunakan pesawat peribadi untuk mengelakkan diri daripada dilanda gelombang kedua Covid-19.
Namun, tidak seperti tahun lalu, kerajaan India dikatakan tidak menjalankan perintah lockdown. Seperti diketahui, India cukup tegas ketika menjalankan perintah lockdown sepanjang tahun 2020.
Polis dan pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk memberikan hukuman fizikal kepada sesiapa yang melanggar perintah lockdown. Kini sebuah video tular dan memaparkan salah satu hukuman tahun lalu yang diterima oleh anak orang kenamaan di India, Deepak Daryani.
Sanskar Daryani yang masih berusia 20 tahun ketika itu memandu sebuah Porsche 718 Boxster miliknya keluar dari rumah. Pihak berkuasa tempatan kemudian menahannya dan memberi hukuman kepada Daryani.
Dalam video tersebut, dia dilihat melakukan sit up di sebelah 718 Boxster miliknya. Ketika itu, dia ditahan oleh anggota polis iaitu Nagar Suraksha Samiti.
Tidak lama selepas ditahan, Daryani mengeluarkan video yang menjelaskan mengapa dia meninggalkan rumah ketika itu. Menurutnya, dia melakukan perkhidmatan sosial, iaitu mengedarkan bungkusan makanan kepada orang miskin di sekitarnya.
Dia juga mendakwa bahawa mempunyai e-pass yang sah untuk meninggalkan rumah semasa lockdown. Tetapi dalam video yang tular sebelum ini, Daryani dilihat tidak memakai topeng muka.
Sanskar Daryani dan ayahnya telah mengemukakan bantahan terhadap apa yang mereka alami. Menurut Deepak, menghentikan Sanskar adalah tidak patut dan anggota yang terlibat sepatutnya melapor ke balai polis dan tidak patut menghukumnya di tempat kejadian.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar