Tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan tanpa seurat benang di daerah Kulim, Kedah yang tular di media sosial mencetuskan kebimbangan.
Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal secara bersahaja dan sempat dirakam pengguna jalan raya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, berkemungkinan besar lelaki yang menunggang motosikal itu dipercayai mabuk.
“Namun, kita tak dapat laporan polis daripada sesiapa setakat ini dan tiada tangkapan dilakukan,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar