Jualan Proton untuk April 2021 terus meningkat, Saga kembali jadi juara segmennya

2241

Proton meneruskan momentum jualan pada tahun 2021 dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April.

Syarikat nasional itu telah menjual sebanyak 15,017 unit (domestik dan eksport) untuk memulakan suku kedua pada tahun ini, yang merupakan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding bulan sebelumnya. Ia juga bersamaan pegangan pasaran sebanyak 26.7 peratus.



Secara keseluruhan, Proton terus mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam jadual kedudukan penjualan dengan pegangan pasaran untuk tahun ini dianggarkan pada 24.4 peratus.

Sementara itu jumlah keseluruhan kini berada pada 47,843 unit berikutan empat bulan pertama tahun ini.

Proton Saga kembali ke puncak carta jualan Proton Saga kembali ke puncak carta jualan nasional dengan 5,472 unit dijual pada bulan April.

Walaupun jumlahnya sedikit berkurangan berbanding dengan bulan sebelumnya, permintaan untuk produk terlaris Proton tetap tinggi dan melebihi jumlah unit yang dibekalkan.

Model SUV Proton juga terus menetapkan jumlah penjualan yang kukuh. X50 sekali lagi menetapkan rekod baharu bagi jumlah penghantaran apabila 3,583 unit diserah pada April manakala X70 memperluaskan penguasaannya dalam kategori SUV segmen-C dengan 2,101 unit menemui pemilik.

Gabungan 5,684 unit adalah bulan penjualan SUV kedua terbaik bagi syarikat itu dan hanya sedikit di belakang rekod yang dicapai dalam bulan Mac.

Tiga model Proton lain juga menunjukkan prestasi yang baik dan ketiga-tiganya berjaya memperoleh bulan terbaik pada tahun 2021.

Walaupun mendapat saingan kuat di pasaran sedan segmen-B, Proton Persona berjaya mencapai jualan sebanyak 2,266 unit, memperolehi tempat kedua dalam segmennya.

Sementara itu, Proton Exora terus mendahului kelas MPV segmen-C manakala jualan Proton Iriz mendapat peningkatan dari permintaan yang tinggi untuk model R3 Edisi Terhad dan ini membolehkannya mencapai bulan penjualan terbaik sejak 2019.

“April adalah bulan yang bagus untuk industri automotif dan selain dari Proton, beberapa jenama lain juga mempunyai bulan terbaik tahun ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eskekutif, Proton Edar.

“TIV dianggarkan melebihi 56,000 unit kerana semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan penjualan sebelum berakhirnya insentif cukai penjualan PENJANA pada akhir bulan Jun.

“Bagi Proton, kami meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan produk kami yang tinggi di samping mengekalkan tahap kualiti produk.

“Pada masa yang sama, kami fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti, satu aspek yang sangat penting ketika jumlah penjualan kami sedang meningkat.

“Kami menjangkakan situasi akan semakin pulih dan kami tetap berusaha keras untuk memendekkan jangka masa itu,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here