PDRM cadang semua kenderaan diseragamkan dengan e-plate

21397

E-plate atau nombor pendaftaran yang dilengkapi dengan cip keselamatan dicadangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diseragamkan kepada semua kenderaan. Langkah ini bertujuan sebagai pencegahan kes jenayah.

pdrm e-plate

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, perkara itu antara dicadangkan jabatannya kepada kerajaan dalam menyaingi perubahan teknologi dan menghadapi trend jenayah semakin sofistikated.



“Kalau kita tengok, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran fancy dan sebagainya,” kata Huzir.

“Sekiranya penggunaan nombor pendaftaran diseragamkan, ia dapat mencegah jenayah. Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran.

“Di samping itu, ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat,” tambahnya.

Lanjut Huzir, penggunaan e-plate boleh membantu JSJ menangani kes kecurian kenderaan yang mana jenayah itu penyumbang tertinggi kepada kes jenayah di negara ini.

Katanya, cadangan itu diusulkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

  1. Saya sokong kerajaan seragamkan no plate. Lps ini dah X ada no2 plate yg fancy2 lagi. Hilang sudah satu masalah yg X dpt kerajaan dan pihak polis tangani selama ini. Lps ni semua plate kenderaan dkluarkan oleh pihak jpj……

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here