
Stesen kereta api ialah tempat yang sibuk di mana ribuan orang berpusu-pusu setiap hari untuk pergi ke destinasi masing-masing.
Jadi tidak hairanlah dalam situasi penuh kesibukan itu ada penumpang yang mungkin tertinggal barang ketika sedang bergegas untuk masuk atau keluar dari tren.
Jika di negara kita, barang yang hilang di tempat yang sibuk sangat tipis harapan untuk ditemui semula, tetapi lain pula dengan keadaan di Jepun.
Sebuah video yang telah mencuri tumpuan ramai di Twitter mendedahkan sistem penyimpanan barang penumpang yang hilang di stesen kereta api Tokyo yang bukan sahaja profesional tetapi sangat teratur.
Tidak banyak stesen kereta api yang kita tahu mempunyai bilik khas untuk menyimpan barang-barang penumpang yang hilang.
This is why Japan is Japan. They take things very seriously and with professionalism, the spirit of omotenashi 👏👏 pic.twitter.com/dFU5NYRvoa
— 🐼🐼🐼 (@mandanggg) April 30, 2021
Tetapi bilik barang hilang di stesen kereta api Tokyo ini mengutip dan menyimpan 2,000 barang hilang setiap hari dari 179 stesen.
Semua barang disusun mengikut tempat dan waktu ia dijumpai. Warna, bentuk serta saiz juga direkodkan. Sementara itu barang yang mudah pecah akan dibalut, dan bekas makanan akan dicuci untuk mengelakkan bau.
Antara barang-barang penumpang yang ditemui di stesen termasuklah payung, beg, anak patung, telefon bimbit, kunci dan sebagainya.
Budaya tersebut yang dipanggil sebagai semangat omotenashi membuat penumpang lega apabila barang penting mereka dapat ditemui semula.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar