Penduduk Jawa Barat, Indonesia sanggup angkut kenderaan rentas sungai demi elak sekatan

1713

Larangan merentas negeri dan daerah bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia menjelang Aidilfitri, bahkan beberapa negara jiran lain turut mempraktikkan kaedah sama.

Antaranya di Indonesia. Bagi negara republik yang mempunyai rakyat beragama Islam paling ramai di dunia itu, sambutan hari raya menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan bersama keluarga tersayang.



Pun begitu, disebabkan larangan merentas kawasan dengan pelaksanaan sekatan jalan raya secara besar-besaran menjelang Syawal dilakukan pihak berkuasa, ia membuatkan penduduk di Jawa Barat mengambil pendekatan agak ekstrem.

Mana tidaknya, segelintir penduduk kawasan itu sanggup rentas sungai dengan membawa kereta dan motosikal demi mengelakkan sekatan.

Pihak polis telah melakukan kawalan di beberapa kawasan termasuk di jambatan Sungai Citanduy, Jabar, Jawa Barat mendorong penduduk menggunakan sampan dan rakit untuk ke Jateng, Jawa Tengah.

rentas sungai

Apa yang lebih mengejutkan, trend pulang ke kampung menggunakan jalan air semakin popular sebagai salah satu alternatif bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa.

Bukan itu saja, tular beberapa gambar penduduk yang nekad menggunakan rakit dan bot kecil untuk pulang ke kampung tanpa mengendahkan larangan kerajaan.

rentas sungai

Masakan tidak, jumlah penduduk yang menggunakan khidmat itu semakin hari semakin ramai terutamanya menjelang minggu terakhir Ramadan kerana dikatakan operasi dibuka 24 jam.

Difahamkan, laluan sungai itu bukannya satu alternatif baharu yang digunakan, tetapi sudah bertahun-tahun menjadi jalan air buat mereka yang mempunyai kampung berhampiran sungai tersebut.

Lima laluan sungai itu bukan saja menghubungkan kawasan Jawa Barat, bahkan wilayah Tarisi, Kecamatan Wanareja, Kabupaten Cilacap, Jateng di Jawa Tengah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here