BMW Malaysia hari ini memperkenalkan X7 xDrive40i Pure Exellence versi CKD (pemasangan tempatan).
Kelengkapan luaran SUV super mewah ini didominasi oleh gril kidney besar yang menjadi identiti BMW terkini dan diapit oleh lampu BMW Laserlight yang mampu menyuluh sehingga 600 meter.
Ciri standard lain adalah lampu kabus LED, rim aloi 21-inci dengan tayar run-flat, lampu belakang LED, sepasang ekzos segi-empat, Comfort Access, pakej Design Pure Excellence, rel bumbung aluminium dan bumbung panorama Sky Lounge.
BMW X7 xDrive40i dikuasakan oleh enjin 3.0-liter 6-silinder turbo petrol TwinScroll yang menghasilkan 340hp dan 450Nm tork, dan transmisi automatik 8-kelajuan.
Dengan pacuan semua-roda xDrive, BMW X7 ini mampu mencapai 100km/j dalam hanya 6.1 saat dan mempunyai tahap penggunaan bahan api pada 9.5 liter/100km.
X7 mempunyai Driving Experience Control untuk tukaran mod pemanduan dan suspensi udara dengan Executive Drive Pro.
Di bahagian dalam, kemewahan BMW X7 ini semakin terserlah dengan kemasan kulit Anthracite di bumbung, trim kayu halus Fineline Stripe, tempat duduk kulit Vernasca, dan bahan-bahan lain seperti Sensatec dan Galvanic.
Paparan instrumen digital BMW Live Cockpit 12.3-inci di depan pemandu memaparkan segala maklumat pemanduan manakala unit infotainmen juga bersaiz 12.3-inci dengan navigasi. Ia dihubungkan juga dengan sistem audio premium Harman Kardon 464W dan 16 pembesar suara.
Ciri mewah lain di sini termasuklah lampu pencahayaan dengan enam warna, Welcome Light, tirai tingkap berkuasa elektrik, pintu dengan ciri Soft-Close, dan skrin Rear Entertainment Preofessional untuk penumpang belakang.
Dari segi keselamatan, BMW X7 xDrive40i mendapat ciri termaju seperti Dynamic Stability Control (DSC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC), Active Cruise Control, Lane Departure Warning, dan Front Collision Warning dengan bantuan brek automatik.
Lima warna pilihan terdapat pada X7 ini; Black Sapphire, Sophisto Grey, Phytonic Blue, Manhattan Metallic, dan Coffee. Bergantung kepada warna yang dipilih, ia akan digandingkan dengan warna kabin Cognac, Leather Vernasca atau Mineral White.
BMW X7 xDrive40i dijual pada harga RM673,323.61 termasuk jaminan 5-tahun, pakej servis percuma dan bantuan tepi jalan serta hotline kemalangan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar