Daripada 3,500 unit yang dihasilkan, sebuah Ferrari 488 Pista di Belanda baru-baru ini terlibat dalam kemalangan, dan kejadian tersebut sempat dirakam.
Video kemalangan yang dimuat naik di saluran YouTube mrexumas memaparkan supercar tersebut dipandu di jalan, dengan seseorang yang berada dalam kenderaan lain merakamnya dari belakang.
Mungkin untuk menarik perhatian orang ramai dan untuk keseronokan diri sendiri, pemandu Ferrari 488 Pista itu difahamkan downshift (turun gear) dan terus menekan pedal minyak dan memecut.
Untuk makluman, Ferrari 488 Pista dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbocharged yang mampu menghasilkan 710hp. Output tersebut sudah tentu terlalu besar, terutama bagi seorang pemandu yang kurang berpengalaman.
Setelah pedal minyak ditekan, tayar belakang supercar itu hilang cengkaman dan ianya mula hilang kawalan. Pemandu yang tidak dapat mengawal 488 Pista tersebut menyebabkan ianya terbabas di tepi jalan.
Apa yang menyedihkan, semasa kemalangan, supercar tersebut baru berusia sehari.
Seberapa banyak kerosakan yang dialami oleh 488 Pista itu masih belum dikenal pasti, namun berkemungkinan besar, bahagian yang terjejas adalah roda dan sistem suspensi, sementara bahagian hadapan dan belakang juga dilihat mengalami kerosakan yang agak teruk.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar