Lykan HyperSport dari aksi Fast & Furious 7 akan dijual, jangkaan harga RM10.2 juta!

3487

Salah satu kereta aksi yang digunakan dalam filem Fast And Furious 7 iaitu Lykan HyperSport kini disenaraikan untuk dijual dengan harga yang dijangka mencecah USD750,000 (RM3.08 juta) hingga USD2.5 juta (RM10.2 juta).

Lykan HyperSport

Menurut Lykan, mereka telah menghasilkan sebanyak tujuh unit HyperSport, dan 10 unit kereta aksi yang lain untuk filem Fast And Furious 7.



Sebahagian daripada jumlah tersebut telah musnah semasa proses penggambaran, dan hanya ada beberapa unit yang dihasilkan berdasarkan rangka keluli murah dengan badan HyperSport diletakkan pada bahagian atas.

Lykan HyperSport

Walaupun HyperSport ini disertakan dengan ruangan dalam yang sama dengan model produksi, namun ianya tidak memiliki powertrain yang sama.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Rubix Market, kereta aksi ini dilengkapi dengan enjin 2.7-liter flat-six yang mampu menghasilkan 240hp.

Lykan HyperSport

Sebagai perbandingan, model produksi HyperSport dikuasakan oleh enjin 3.7-liter twin-turbo flat-six yang menghasilkan sehingga 769hp, membolehkan supercar ini memiliki kelajuan maksimum 394km/j.

Senarai itu juga menyatakan kereta aksi tersebut tidak berada dalam keadaan yang sangat baik, dimana cermin sisi telah rosak sementara banyak bahagian badan dan cermin telah tergores.

Lykan HyperSport

Selain itu, ruangan dalamnya juga tidak disertakan dengan panel instrumen dan paparan infotainment juga telah rosak.

Kereta aksi ini dijual sebagai non-fungible token (NFT), dan pemiliknya akan menerima beberapa aset digital termasuk kolaj kereta tersebut. Bidaan akan dibuka pada 11 Mei 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here