Roket Long March 5B milik China berkecai di Lautan Hindi

1416

Roket Long March 5B milik China memasuki atmosfera bumi pada jam 10:24 pagi tadi waktu tempatan dan berkecai di Lautan Hindi.

Long March 5B

Segmen daripada roket Long March 5B dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi sebelum gugur berdekatan Kepulauan Maldives.

“Selepas memantau dan melakukan analisis, pada jam 10.24 pagi hari ini, sisa terakhir roket memasuki ruang udara bumi. Ia musnah sejurus memasuki atmosfera bumi,” kata jurucakap Pejabat Kejuruteraan Angkasa China, hari ini.

Terdahulu, Beijing percaya kesan kerosakan daripada segmen roketnya yang gugur ke bumi tidak mengakibatkan kerosakan yang besar.

“Kebarangkalian menyebabkan bahaya di lapangan sangat rendah,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Berdasarkan data ketenteraan Amerika Syarikat (AS), Space-Track, segmen roket itu dijangka memasuki atmosfera pada jam 2:11 pagi waktu tempatan di Mediterranean, dengan jangka masa antara satu jam.

Menerusi Tweet Space-Track, Skuadron Kawalan Angkasa 18 Angkatan Darat AS, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California menyatakan, lokasi tepat ia gugur hanya diketahui selepas roket itu mendarat.

Jurucakap Pentagon, Mike Howard berkata, ia berharap serpihan roket itu jatuh di tempat yang tidak mencederakan sesiapa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here