Ferrari F40 rosak teruk, terbakar ketika sedang dipandu

1260

Sebuah Ferrari F40 yang rare ditemui telah musnah akibat terbakar ketika sedang dipandu di Hakone Turnpike, Jepun pada Sabtu lalu.

Ferrari f40 terbakar
Ferrari F40

Pasangan yang berada dalam supercar itu bergegas keluar setelah menyedari terdapat asap yang keluar dari ruangan enjin. Tidak berapa lama kemudian, F40 tersebut terbakar dijilat api.

Berdasarkan rakaman yang tular, anggota bomba dilihat berada di lokasi kejadian ketika F40 itu masih terbakar. Malangnya, mereka tidak dapat memadamkan api sebelum supercar tersebut musnah sepenuhnya.



F40 hanya dihasilkan dalam 1,315 unit di seluruh dunia, dan malangnya kini satu unit sudah berkurang. Penumpang dan pemandu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarnag kecederaan.

Ferrari pertama kali memperkenalkan F40 pada tahun 1987 sebegai pengganti kepada model 288 GTO. 

Supercar ini dikuasakan oleh enjin V8 2.9-liter twin-turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 471hp pada 7,000rpm dan 577Nm tork pada 4,000rpm, selain dilengkapi dengan transmisi manual 5-kelajuan dan pacuan roda belakang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here