Remaja pandu Volkswagen Beetle kuning di Indonesia nekad rempuh SJR ketika diperiksa

1846

Sejak berlakunya pandemik Covid-19, sekatan jalan raya umpama sudah sebati dalam kehidupan kita bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Volkswagen Beetle kuning

Terbaharu, sebuah Volkswagen Beetle berwarna kuning telah dirakam cuba melarikan diri lalu melanggar anggota polis yang bertugas di satu sekatan jalan raya di Prambanan, Sleman, Indonesia.



Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu baru-baru ini melibatkan seorang pemandu di bawah umur.

Volkswagen Beetle kuning

Pengarah Polis Trafik Jawa Tengah, Kombes M Rudy Syafiruddin, mengesahkan bahawa pemandu Volkswagen Beetle tersebut telah ditangkap.

Terang beliau lagi, pemandu bawah umur tersebut cuba merentas daerah dari Yogyakarta menuju ke Klaten. Namun, dia menjadi panik apabila melihat anggota bertugas di sekatan jalan raya tersebut.

Volkswagen Beetle kuning

“Mungkin dia panik kerana tidak memiliki lesen memandu, tambahan pula dia masih di bawah umur (16 tahun) dan nombor pendaftaran kenderaanya bermula huruf B,” kata M Rudy Syafiruddin.

Pemandu tersebut selamat ditahan oleh anggota polis dan ujian saringan air kencing telah pun dibuat. Manakala polis yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dashcam Indonesia (@dashcamindonesia)

Oleh kerana pemandu tersebut masih di bawah umur, pihak polis telah menghubungi kedua ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.

Volkswagen Beetles kuning di jalan Karak sudah cukup ‘ngeri’ di kalangan orang Malaysia. Tidak sangka pula Volkswagen Beetle kuning di negara jiran lebih ‘ekstrem’ dengan melanggar sekatan jalan raya dalam cubaan merentas daerah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here