Toyota GR Yaris ‘terpakai’ dijual pada harga RM320k

9167

Toyota GR Yaris merupakan satu model edisi terhad yang dihasilkan untuk homologasi bagi membolehkan mereka berentap dalam WRC (World Rally Championship).

25,000 unit dihasilkan di seluruh dunia dan tidak lebih 200 unit dibawa masuk ke Malaysia. Ia dijual pada harga RM299,000 dan hadir dengan Performance Pack sebagai standard.



Namun kami telah menjumpai satu unit yang masih sangat baharu, dijual dengan harga RM320,000. Menurut iklan di Facebook itu, unit GR Yaris ini didaftarkan pada hujung April 2021 dan mempunyai perbatuan kira-kira 336km sahaja.

Maklumat lain yang dikongsi pada iklan S Maikel Motors itu turut mengatakan ia mendapat kit badan rasmi GR yang berharga RM11,000.

Kami memang sudah menjangkakan harga Toyota GR Yaris akan terus meningkat dalam masa beberapa tahun pertama ini, tapi tidak sangka pula secepat ini.

Harga dibuka itu ialah peningkatan RM21,000 untuk model dalam tahun yang sama dan berusia beberapa minggu.

Toyota GR Yaris sememangnya satu jentera menarik dan unik dalam pasaran hari ini, pastinya menjadi ikon klasik masa depan. Adakah anda rasa harga RM320,000 itu boleh diterima?

GR Yaris dikuasakan oleh enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia. Dengan hanya kapasiti 1.6-liter, enjin turbo itu menjana 257hp dan 360Nm tork, serta dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Terdapat juga beberapa komponen unik pada GR Yaris, antaranya sistem pacuan semua-roda dengan LSD Torsen di gandar depan dan belakang, platform kacukan TNGA-B dengan TNGA-C, serta beberapa panel komposit yang sudah tentunya bukan murah.

Jika anda berminat atau ingin melihat dengan lebih dekat GR Yaris ini, hubungi 012-4757518 atau DM sahaja di Facebook S Maikel Motors.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here