Seseorang individu yang memandu di sekitar Woodland Park, Colorado, perlu bersikap baik kerana mereka berkemungkinan akan didenda jika melanggar peraturan jalan raya walaupun ketiadaan polis di kawasan itu.
Perkara ini dialami oleh Jake Turnbull, ketika dia memandu di sekitar bandar kecil di utara Pikes Peak. Jake telah menerima denda sebanyak USD120 (RM495) yang bernilai empat mata demerit atas kesalahan melanggar lampu merah.
Denda yang dikenakan itu merupakan hasil laporan oleh pemandu lain yang melihat Jake melakukan kesalahan itu.
Bukti untuk kesalahan yang dilakukan Jake juga merupakan kenyataan pemandu lain yang turut berada di lokasi kejadian.
Ini kerana di Woodland Park dan beberapa bandar lain, keluhan daripada individu lain membolehkan seseorang itu dikenakan denda. Mana-mana individu yang melihat pemandu melakukan kesalahan lalu lintas boleh menghubungi polis, memberikan butiran dan fakta, dan polis akan mengenakan denda.
Namun, pengadu perlu menandatangani aduan tersebut dan bersetuju hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan sekiranya perlu.
Perkara ini agak mengejutkan Jake, yang bekerja sebagai pembantu bilik operasi di hospital kanak-kanak dan tinggal di Colorado Springs.
Jake difahamkan telah memandu Suzuki Sidekick yang baru dibelinya menuju ke Jabatan Kenderaan Bermotor untuk mengambil nombor plat. Dia melalui persimpangan Highway 67 dan Evergreen Heights Drive dalam perjalanan tersebut.
Jake kemudian menerima denda tersebut selepas didakwa melanggar lampu merah oleh bekas wakil sheriff Teller County, William Sipes.
“Saya seperti tidak pernah mendengar perkara ini. Ini tidak betul. Ianya seperti sebuah kota dystopian di mana anda diperhatikan setiap masa,” kata Jake.
Lanjut Jake, dia merancang untuk memperjuangkan denda yang diterimanya di mahkamah walaupun jumlah denda tersebut hanya USD1 (RM4).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar