Perodua Kancil ‘lejen’ pernah menarik perhatian rakyat Malaysia sebelum ini kerana dengan keadaan sebegitu rupa, kereta tersebut masih dipandu di jalan raya.
Namun, Perodua Kancil ‘lejen’ itu telahpun disita oleh pihak berkuasa pada akhir bulan lalu. Ramai bersimpati dengannya dan berharap pemandu tersebut akan mempunyai kenderaan yang baru.
Nampaknya harapan orang ramai telah termakbul apabila baru-baru ini, kelihatan pemandu tersebut telah memandu sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna kuning.
Difahamkan, Perodua Kancil ini merupakan kereta ketiga setelah dua buah kereta sebelum ini telahpun ditunda oleh pihak berkuasa pada tahun 2019 dan sekali lagi model kenderaan yang sama disita oleh pihak berkuasa sekitar tahun ini.
Kedua-dua buah kenderaan tersebut disita kerana tiada cukai jalan dan keadaan fizikal kereta itu yang telah uzur dan tidak seharusnya berada di jalan raya kerana merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak dapat dipastikan lokasi video ini dirakamkan, mungkinkah sekali lagi kita akan melihat pemandu Perodua Kancil ‘lejen’ ini berjalan di serata Malaysia seperti dahulu?
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar