Sebuah Lamborghini Urus di Taiwan rentung disebabkan kebakaran yang dipercayai oleh sistem elektrik. Media tempatan melaporkan bahawa SUV tersebut terbakar di Lebuh Raya Nasional 1 pada 27 April.
Pemandu Urus itu difahamkan bergegas keluar dari SUV tersebut setelah mendapati kehadiran api, sementara pemandu trak tunda yang berdekatan cuba mengawal kebakaran tersebut dengan menggunakan alat pemadam api.
Namun, percubaan mereka sia-sia kerana SUV tersebut hangus dijilat api dalam tempoh yang singkat.
Bercakap dengan SENT News, pemilik Urus yang berusia 29 tahun mengatakan bahawa dia telah memilikinya selama lapan bulan dan tidak tahu punca kebakaran itu.
Menurut Taiwan News, setelah siasatan awal dijalankan, Jabatan Bomba Wilayah Changhua mengesahkan kebakaran itu berpunca oleh litar pintas pada bahagian belakang sebelah kanan SUV tersebut.
Hal ini menyebabkan kebakaran yang merebak ke tangki bahan api.
Beberapa gambar yang tular memaparkan Urus tersebut sedang terbakar, dan ketika pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian, SUV tersebut telah musnah. Ketika api berjaya dipadam, yang tinggal hanyalah rangka badan dan ‘tangisan’ pemilik Urus tersebut.
Untuk makluman, Lamborghini Urus dijual pada NT$9.99 juta (RM1.48 juta) di Taiwan, manakala di Amerika Syarikat pula, SUV ini dijual pada USD220,000 (RM907,610).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar