Brabus memperkenalkan pakej talaan lengkap untuk Mercedes-AMG E63 2021. Diberi nama Brabus 800, talaan ini merangkumi peningkatan kuasa, dan perubahan visual luar dan dalam termasuk rim baharu.
Dengan menggantikan turbocharger, remap pada ECU, mengubah kemasukan udara dan menambah sistem ekzos berprestasi tinggi, Brabus berjaya ‘memerah’ tambahan 185hp dan 150Nm tork.
Secara keseluruhan, enjin 4.0-liter V8 twin-turbo pada kereta ini mampu menghasilkan sehingga 789hp pada 6,600rpm dan 1,000Nm tork pada 3,600rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 9-kelajuan dan pacuan semua roda 4Matic+, kedua-duanya dari E63 asal.
Untuk prestasi, Brabus 800 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.0 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan maksimum 300km/j.
Selain itu, kereta ini juga diberikan apron depan, spoiler belakang dan diffuser gentian karbon. Rim juga unik untuk Brabus 800 ini, iaitu 21-inci.
Selain itu, Brabus 800 dibekalkan dengan suspensi udara khas yang boleh merendahkan ketinggian kenderaan sebanyak 20mm, bergantung kepada mod pemanduan.
Plat keluli tahan karat dengan logo Brabus turut disertakan, dimana ianya hadir dengan lampur latar yang boleh berubah warna mengikit pencahayaan sekeliling. Dengan ini, ruang pintu akan kelihatan lebih eksklusif apabila dibuka.
Ruangan dalaman pula hadir dengan pelbagai pilihan warna dan termasuklah kemasan kayu, Alcantara, atau gentian karbon.
Brabus 800 atau Estate boleh dipesan sebagai kereta lengkap, ataupun ubah suai mengikut keinginan dan cita rasa pelanggan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar