Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur untuk dijual – Mileage 10km sahaja!

2487

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nissan Skyline GT-R R34 menjadi antara ikon JDM yang popular, dan disebabkan oleh itu, harganya kini semakin mahal.

Tidak lama lagi, satu unit yang sangat rare dengan perbatuan hanya 10km akan dilelong, dan ianya berkemungkinan besar menjadi R34 paling mahal yang pernah dijual.



GT-R ini ialah model V-Spec II Nur yang merupakan salah satu daripada hanya 718 unit yang dihasilkan. Daripada jumlah tersebut, 159 unit disertakan dengan warna putih seperti GT-R ini, dan ianya akan dilelong melalui BH Auction di Jepun.

Butiran lanjut mengenai GT-R ini bagaimanapun tidak didedahkan dengan lebih lanjut, tetapi apa yang pasti, ianya memiliki perbatuan yang sangat rendah dan tidak pernah didaftarkan.

Apa yang lagi menarik mengenai R34 ini ialah ianya hadir dengan enjin RB26DETT dari Nissan versi N1.

Enjin ini mempunyai crankshaft yang diimbang semula, saluran air dan minyak yang lebih baik di dalam blok enjin, omboh dan cincin omboh yang dinaik taraf, turbocharger baharu dan camshaft yang dinaik taraf.

Nissan memperkenalkan Skyline V-Spec II Nur untuk tahun akhir produksi R34. Dinamakan sempena litar Nurburgring, model standard kereta ini mampu menghasilkan 330hp dari enjin enam silinder sebaris yang disertakan, tetapi jika enjin N1digunakan, ianya mampu menghasilkan output tambahan.

Ciri peningkatan lain yang dibuat pada V-Spec II Nur ini termasuk sistem suspensi yang lebih baik, sistem brek yang diperbesar, dan bonet gentian karbon.

Tahun lepas, Skyline GT-R V-Spec II dengan warna Millenium Jade dijual pada harga USD485,000 (RM2 juta). Kereta tersebut memiliki perbatuan 362km ketika dijual.

Oleh itu, bukan suatu perkara yang pelik jika Skyline GT-R V-Spec II kali ini akan dijual pada harga yang lebih mahal lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here