Bentley memperkenalkan basikal imbangan (balance bike) kanak-kanak, yang ditawarkan pada harga £450 (RM2,617) di United Kingdom.
Dikenali sebagai Bentley Balance Bike, basikal ini boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Onyx Black, Seqiun Blue, Dragon Red dan Glacier White, dan khas untuk kegunaan kanak-kanak tiga tahun ke atas.
Bentley Balance Bike hadir dengan bahagian hendal yang disertakan dengan reka bentuk corak berlian. Nama Bentley pula terdapat pada bahagian badan dan tempat duduk yang dibalut bahan kulit mesra alam dengan corak gentian karbon.
Sistem brek pengunci keselamatan yang unik turut disertakan bagi memudahkan basikal ini berhenti sepenuhnya dengan mudah.
Bahagian badan Bentley Balance Bike dihasilkan daripada bahan aloi magnesium, mempunyai berat hanya 650g, dan dapat menampung berat 35kg secara keseluruhan. Roda pula dipebuat dari bahan aluminium, dan digabungkan dengan tayar 12-inci.
“Basikal imbangan ini dihasilkan dengan tahap yang terperinci, sama seperti proses penghasilan setiap kenderaan,” kata pereka, Chris Cooke.