Kita semua sedia maklum orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar beraya ekoran pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih berleluasa pada masa ini.
Baru-baru ini tular satu gambar menunjukkan satu keluarga anggota polis beraya di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di daerah Putrajaya. Difahamkan si isteri membawa anak-anak mereka melawat suaminya yang bertugas pada pagi Hari Raya yang lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali, gambar tular itu disahkan berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, melibatkan anggota IPD Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan 5 tahun.
“Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya,” kata Mohd Fadzil.
“Selesai bersalaman, keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah. Pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak,” tambahnya.
Ramai warganet mempertikaikan layanan double standard ekoran penjelasan yang telah diberikan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya tersebut.
Menurut warganet, perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dikalangan ahli keluarga penguatkuasa kerana semua rakyat Malaysia perlu mengikuti SOP PKP sempena Hari Raya yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Rata-rata warganet menunjukkan kekecewaan tatkala orang ramai tidak boleh pulang beraya dengan ahli keluarga bagi mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan, terdapat ahli keluarga penguatkuasa pula melangkaui SOP pada pagi Hari Raya lalu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar