Baru dua tahun, budak ini sudah pandai tunggang Yamaha PW50!

1716

Seorang kanak-kanak berusia hanya dua tahun yang tidak kenal erti takut melenjan Yamaha PW50 miliknya hingga mencapai kelajuan 56km/j.

kanak-kanak yamaha PW50

Daniel Bartlett yang berasal dari Birmingham sangat gemar menunggang motosikal mini tersebut, namun masih memerlukan bantuan roda tambahan.



Ibunya iaitu Sophie Rodgers, 23, mengakui bimbang melihat anaknya menunggang motosikal, namun kebimbangan itu hilang selepas menyaksikan anaknya begitu yakin.

“Agak lucu Daniel mahir me­nunggang motosikal tetapi tidak tahu untuk mengayuh basikal.

kanak-kanak yamaha PW50

“Kami membelikannya sebuah basikal ketika dia baru berusia setahun. Namun, Daniel kemudian menjadi bosan, dan kami kemudian membelikannya motosikal elektrik yang disukainya” kata Sophie.

Sebelum menunggang, Daniel akan dipakaikan peralatan perlindungan lengkap seperti topi keledar dan pad lutut.

Ibu dan bapa Da­niel juga akan memastikan kanak-kanak itu tidak menunggang terlalu laju.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang kemungkinan buruk yang boleh boleh berlaku dan hanya fokus kepada kehebatan Daniel,” tambah Sophie.

Wanita itu menambah, Daniel juga boleh berjalan pada usia 10 bulan dan dia tidak hairan jika anaknya sudah boleh menunggang motosikal seawal usia dua tahun. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here