Sebuah kenderaan robotik milik China selamat mendarat di permukaan Marikh, lapor agensi berita tempatan negara itu.
Lapor BBC, kenderaan robotik enam roda bernama Zhurong itu mendarat di Utopia Planitia, sebuah kawasan luas yang terletak di hemisfera utara planet tersebut.
Ia dilengkapi dengan kapsul perlindungan, payung terjun dan platform roket untuk membuat pendaratan.
Zhurong dianggap sebagai satu pencapaian menakjubkan memandangkan kesukaran untuk melakukan proses pendaratan di permukaan planet itu.
China menjadi negara kedua yang berjaya mendaratkan kenderaan robotik di Marikh selepas Amerika Syarikat.
There is certainly life on #Mars! We're the life of the party! #Zhurong #Tianwen1 #CNSA @CNSA_en pic.twitter.com/cC8pZVmyVt
— China National Space Administration (CNSA) (@CNSA_en) May 15, 2021
Zhurong yang bermaksud dewa api dalam mitos Cina, dibawa ke Marikh oleh kapal angkasa Tianwen-1 yang memasuki orbit planet itu pada Februari lalu.
Sejak tiga bulan lalu, kapal angkasa itu meneroka Utopia, merakam beberapa gambar untuk mengesan kawasan selamat untuk mendarat.
Objektif penerokaan itu bertujuan memilih lokasi yang selamat daripada kawah dan batu besar di planet tersebut.
Jarak untuk ke Marikh adalah kira-kira 320 juta km yang mana penghantaran mesej radio mengambil masa hampir 18 minit untuk sampai ke bumi.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar