Boeing diarah buat pemeriksaan pada 143 unit pesawat 737

904

Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat mengarahkan Boeing memeriksa jet 737 susulan insiden sebuah pesawat terhempas dan mengorbankan 62 orang di Indonesia, Januari lalu.

Menurut dokumen Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dilihat AFP, semua 143 pesawat Boeing 737-300, -400 dan -500 perlu diperiksa.



Dokumen itu menyatakan, kegagalan flap synchro wire susulan kegagalan komputer pendikit auto mangawal daya tujah pesawat boleh mengakibatkan pesawat hilang kawalan.

Laporan interim pasukan penyiasat Indonesia pada Februari lalu menyatakan pendikit jet menunjukkan ‘anomali’ (janggal), walaupun punca kemalangan itu dikatakan tidak jelas.

“Data awal siasatan kemalangan yang sedang dijalankan tidak menyokong kemalangan berpunca akibat kegagalan pendawaian flap synchro wire,” kata FAA.

pesawat boeing

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan itu ‘perlu bagi mengatasi keadaan tidak selamat yang dikenal pasti’, ditemui di pesawat dibina pada 1980-an dan 1990-an.

Pesawat Boeing 737 lebih moden, termasuk 737 MAX yang digantung selama 20 bulan selepas dua kemalangan maut, tidak terikat kepada perintah pemeriksaan itu.

“Boeing berfungsi bagi memastikan pesawat selamat dan memenuhi semua keperluan. Kami terus berkomunikasi dengan pelanggan dan FAA, selain terbabit dalam usaha berterusan untuk memperkenalkan peningkatan keselamatan dan prestasi di seluruh kumpulan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada AFP.

pesawat boeing

Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 terhumban kira-kira 3,000 meter, kurang dari seminit sebelum terhempas ke Laut Jawa pada 9 Januari lalu, beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta. Semua 62 penumpang dan kru maut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here