Mercedes GLE450 kini dalam versi CKD, varian AMG Line, RM476k

1543

Mercedes-Benz GLE450 kini ditawarkan dalam versi CKD (pemasangan tempatan) sebagai model terbaharu yang dipasang di fasiliti syarikat itu di Pekan, Pahang.

SUV 7-tempat duduk itu hadir dalam varian 4MATIC AMG Line dan boleh menjadi milik anda pada harga RM475,501.23.



Untuk enjin, tiada perubahan dari model CBU (diimport sepenuhnya). Mercedes GLE450 CKD ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter turbo 6-silinder yang mampu menjana 367hp pada 5,500-6,100rpm dan 500Nm tork pada 1,600-4,500rpm.

Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 9G-TRONIC dan sistem pacuan semua-roda 4MATIC, membolehkan GLE450 memecut ke 100km/j dalam masa 5.7 saat sahaja.

SUV mewah ini juga didatangkan dengan mod transmisi DYNAMIC SELECT, suspensi udara AIRMATIC, dan sistem infotainmen MBUX.

Nama AMG Line bermakna GLE450 ini mendapat kemasan badan lebih sporti merangkumi gril agresif dengan pin krom, lampu depan LED Multibeam, apron depan sporti dengan ruang udara lebih besar dan rim AMG aloi ringan 21-inci.

Bahagian dalaman pula cukup mewah dengan balutan kulit, ruang yang luas, serta perincian halus sebuah Mercedes. Panel instrumen ialah digital sepenuhnya, dari paparan skrin melintang 12.3-inci dan MBUX NTG 6.

Juga standard pada GLE450 adalah pencahayaan dalaman 64 warna serta sistem audio premium Burmester Surround Sound System.

Ciri keselamatan pula merangkumi Active Distance DISTRONIC, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist dan kamera 360-darjah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here