Volvo XC60 milik MB Kedah dibida pada RM150,000

1379

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya ‘melepaskan’ Volvo XC60 miliknya kepada pemilik baharu selepas ia dibida pada harga RM150,000.

Muhammad Sanusi berkata, bidaan bagi Volvo XC60 T6 2010 miliknya itu ditutup pada 10 pagi semalam selepas ia diumum akan dijual bagi mendapatkan dana untuk membantu rakyat Palestin, Sabtu lalu.



“Saingan bidaan sangat sengit termasuk daripada orang bukan Islam, terdapat kira-kira 20 orang membuat bidaan namun pada jam terakhir ada dua ahli perniagaan membuat bidaan yang semakin tinggi,” kata Sanusi.

Volvo XC60

“Akhirnya pada 9:59 pagi, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Mohammad Yaakub Yusra menghantar bidaan tertinggi RM150,000 iaitu hampir tiga kali ganda harga asal yang saya tawarkan iaitu RM55,000,” tambahnya.

Pembida yang berjaya membawa pulang Volvo XC60, Mohammad Yaakob Yusra Mohd Yusof dari Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani mengambil inisiatif ini untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas di negara itu.

Volvo XC60

“Kalau menteri besar korbankan kereta miliknya untuk bantu Palestin, saya pula membida kereta untuk disalurkan ke tabung Palestin. Sumbangan ini bukan dari akaun MADAD, malah saya wakafkan semula kereta itu kepada MADAD untuk kegunaan tenaga pengajarnya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here