Proton akan kembali berentap dalam British Rally Championship (BRC) 2021 dengan pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) dan dipandu oleh Ollie Mellors.
Jentera mereka sudah tentu Iriz R5, bersama Mellors dan co-pilot Max Freeman yang akan bersaing dalam kejuaraan berprestij UK itu.
Mellors mensasarkan kempen BRC cemerlang pertamanya sejak 2016.
Oliver Mellors mensasarkan kempen BRC yang cemerlang pertamanya sejak 2016. “Hebat untuk kembali ke BRC sekali lagi dengan Proton Iriz R5 dan kami berharap dapat mempersembahkan kebolehannya dalam musim ini,” katanya.
“Kami telah menanti musim 2021 ini sejak Mac tahun lalu selepas komited dengan musim sebelumnya dan kami rasa cukup bagus untuk tamat di tempat ke-4 dalam pusingan pertama di Wales.”
Proton tidak asing lagi dalam acara rali berprestij UK itu dimana mereka telah menyertainya pada 1990-an dengan Satria pacuan roda-depan.
Proton Iriz R5 ialah satu-satunya jentera rali di dunia yang telah dihomologasi oleh FIA untuk pemanduan stereng kanan dan kiri. Jentera R5 ini dibina oleh MEM di Bakewell, Derbyshire.
Mellors menambah, “Jika anda lihat senarai peserta pusingan pertama siri ini, anda akan tahu ianya akan menjadi ujian tertinggi Iriz di UK tahun ini.”
Pusingan pembukaan akan menyaksikan pesaing berentap di Neil Howard Stages berdekatan Oulton Park Race Circuit hujung Mei ini dan Mellors tidak asing lagi dengan acara sebegini.
“Cukup teruja untuk kembali beraksi dengan jentera dan acara BRC bersama Proton dan saya harap kami boleh buktikan potensi Iriz dengan pesaing-pesaing terbaik British Rally Championship.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar