Kemalangan kereta kabel di Itali, 12 maut

1558

Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kemalangan melibatkan kereta kabel di Tasik Maggiore di utara Itali pada Ahad lalu. Tiga termasuk dua kanak-kanak cedera akibat insiden itu.

Kereta kabel Stresa-Mattarone yang menghubungkan bandar Stresa di Tasik Maggiore dan gunung Mottarone yang dinaiki kumpulan berkenaan terjatuh dalam kawasan hutan.



Kemalangan dipercayai berlaku apabila kabel kenderaan itu terputus. Gambar berkenaan kejadian turut dikongsi oleh Pasukan Bomba Kebangsaan Itali di akaun Twitter rasmi mereka.

kereta kabel kemalangan

Gambar tersebut menunjukkan keadaan sebuah kereta kabel yang hancur berhampiran pokok-pokok yang patah dengan kabel yang terputus.

Jumlah sebenar kematian masih lagi dalam siasatan. Menurut laporan, kemalangan itu berlaku 20 minit sebelum kereta kabel berkenaan menyelesaikan perjalanan 20 minit dari Lido, Stresa Piazza di Tasik Maggiore ke stesen Mottarone, kira-kira 1,491 meter dari paras laut.

Kereta kabel itu dipercayai rosak sebelum terjatuh ke kawasan hutan. Sebuah helikopter dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat mangsa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here