Tinggalkan kokpit untuk ke tandas, pemandu kereta api laju Jepun bakal dikenakan hukuman

2119

Jepun cukup terkenal dengan perkhidmatan kereta api laju yang sangat menepati masa. Pengangkutan ini sangat menepati masa, bagi memastikan orang ramai senang merancang perjalanan mereka.

kereta api laju

Baru-baru ini, seorang pemandu kereta api Jepun, Shinkansen bakal menghadapi  hukuman tatatertib setelah beliau meninggalkan kokpit kereta api laju selama beberapa minit untuk pergi ke tandas.



Pemandu kereta api terbabit dikatakan telah meminta seorang konduktor yang tidak memiliki lesen memandu, untuk mengendalikan kereta api yang bergerak dengan kelajuan 150km/j.

Ketika insiden tersebut berlaku, konduktor tidak bertauliah itu mengawal sebuah kereta api laju yang membawa seramai 160 penumpang selama tiga minit dan dilaporkan situasi terbabit tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan.

Syarikat Kereta Api Central Jepun (JR Central) mengatakan kejadian itu berlaku pada pagi Ahad ketika kereta api dalam perjalanan di wilayah Shizuoka tengah. Syarikat tersebut telah melaporkannya kepada pihak berkuasa dan membuat permohonan maaf.

Menurut JR Central, peraturan syarikat menyatakan jika pemandu merasa tidak sihat, mereka mesti menghubungi pusat arahan pengangkutan mereka. Mereka juga dibenarkan meminta konduktor untuk mengambil alih kawalan kereta api, jika konduktor mempunyai lesen memandu.

Sekiranya tidak ada pengganti ketika itu, kereta api mesti dihentikan sehingga pemandu boleh memandu semula atau perlu tunggu pengganti yang berkelayakan dapat mengambil alih kawalan kereta api tersebut.

“Ini adalah tindakan yang sangat tidak wajar. Kami minta maaf,” terang Pegawai Kanan, Masahiro Hayatsu.

Walaupun tiada insiden yang tidak diingini berlaku, pemandu dan konduktor bakal menghadapi kemungkinan tindakan disiplin daripada pihak syarikat. JR Central menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula dasarnya untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here