Polis berkas lapan individu bergiat aktif curi tabung ekzos

2656

Sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri tabung ekzos kenderaan di Kuala Lumpur tumpas selepas polis memberkas lapan individu dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Jumaat lalu.

curi ekzos
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, dalam serbuan pertama pada jam 12:05 tengh hari, enam lelaki berusia 24 hingga 32 tahun ditahan di tiga lokasi di Taman Desa.

“Kita turut merampas beberapa jenis kenderaan termasuk sebuah lori serta pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk mencuri ekzos,” katanya.



Anuar berkata, hasil soal siasat, pihaknya berjaya memberkas seorang lelaki berusia 21 tahun di Kampung Sungai Tua Batu Caves pada jam 4 petang.

“Lelaki itu dipercayai membeli ekzos kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM119,310 (berdasarkan resit jualan yang dirampas daripada suspek bertarikh 1 April hingga 20 Mei),” katanya.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan itu, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun ditahan pada jam 10:50 malam di Klang.

“Lelaki itu berperanan mengeksport ekzos ke luar negara untuk diproses menjadi emas putih,” katanya.

Lanjut Anuar, pihaknya turut merampas 30 penapis ekzos, 31 ekzos, satu set pam angin dan alat pemotong serta sebuah Toyota Hilux.

“Modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah mereka mencuri ekzos kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Kesemua suspek direman tiga hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here