LRT laluan Kelana Jaya bertembung, beratus cedera

1509

Beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi.

Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT petang tadi, dipercayai membawa 213 penumpang.

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.



Setakat jam 10 malam ini, difahamkan sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan.

Mangsa kemalangan LRT sedang dibawa keluar.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, mengesahkan kemalangan itu membabitkan perkhidmatan tren LRT bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan dan pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Media sosial sekitar jam 9 malam tadi gempar apabila beberapa keping gambar muncul menunjukkan sebilangan penumpang LRT cedera di dalam pengangkutan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here