Kahwin dalam pesawat untuk elak peraturan pencegahan Covid-19

1901

Pasangan pengantin India ini dilaporkan mengadakan upacara perkahwinan di udara dengan dihadiri lebih 160 tetamu dalam sebuah pesawat bagi mengelak peraturan pencegahan Covid-19.

Pasangan itu dikenali sebagai Rakesh dan Dakshina berkahwin dalam pesawat SpiceJet dengan ditemani rakan dan keluarga.



Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan pesawat sewa khas Boeing 737 itu sesak dengan tetamu mempelai dari bandar Madurai.

Negeri Tamil Nadu iaitu tempat asal penerbangan itu dibuat menguatkuasakan undang-undang lebih ketat di mana hanya 50 tetamu dibenarkan menyertai majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang mengaku tidak mengetahui terdapat upacara perkahwinan yang terjadi ‘tepat’ di atas Kuil Madurai Meenakshi Amman, tempat pasangan itu berniat untuk berkahwin.

perkahwinan dalam pesawat

“Kami tidak mengetahui mengenai upacara perkahwinan yang berlangsung di udara,” kata wakil pihak berkuasa lapangan terbang itu.

Secara terang-terangan mereka menunjukkan kepada orang ramai mengenai majlis itu melalui gambar dengan kalungan bunga di leher. Pasangan itu didapati melanggar undang-undang penerbangan awam iaitu kedua-dua pengantin tidak memakai pelitup muka, manakala tetamu duduk berhimpit-himpit tanpa mematuhi penjarakan fizikal.

Menurut jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DGCA), kakitangan pesawat SpiceJet dalam penerbangan itu sudah diberhentikan dari tugas.

Pihaknya juga menyarankan supaya syarikat penerbangan mengemukakan aduan terhadap pengantin baharu berkenaan dan tetamu mereka, katanya dalam satu laporan. Semua mereka juga dilarang menggunakan penerbangan penumpang di masa depan.

“Ejen dan penumpang diarahkan mengemukakan laporan secara tertulis atau lisan, mengenai penjarakan fizikal dan norma keselamatan yang harus diikuti sesuai prosedur Covid-19, baik di lapangan terbang atau dalam pesawat selama perjalanan,” kata wakil SpiceJet.

Tambah wakil SpiceJet, pesawat Boeing 737 ditempah khas dari Madurai ke Bangalore oleh syarikat agensi pelancongan. Upacara perkahwinan itu dilakukan ketika India bergelut dengan gelombang kedua virus dengan angka kematian melepasi 300,000 orang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here