60,000 tiket penerbangan percuma kepada individu sudah divaksin di Hong Kong

941

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AA) memberikan 60,000 tiket penerbangan percuma kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19  sehingga hujung September.

tiket penerbangan percuma

AA membuat pengumuman itu dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan pelalian.



Pihak berkuasa tersebut akan memberikan 50,000 tiket penerbangan percuma kepada penduduk Hong Kong dan 10,000 lagi kepada petugas lapangan terbang.

“Kami berharap industri penerbangan akan pulih semula secepat mungkin. Jumlah individu yang divaksin penting untuk pemulihan awal industri penerbangan,” kata Pengerusi AA, Jack So.

Biarpun program imunisasi bandar raya itu berjalan lancar dengan penduduknya boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di hospital dan pusat komuniti secara percuma, masih ramai enggan disuntik kerana tidak percayakan pemerintah dan bimbangkan kesan sampingan.

Angka kematian bagi individu yang sudah menerima vaksin juga dikongsi meluas oleh media tempatan sekali gus menambahkan lagi perasaan skeptikal orang ramai terhadap vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada kematian yang disahkan akibat vaksin Covid-19.

Kurang 20 peratus populasi Hong Kong yang berjumlah 7.5 juta orang telah menerima dos vaksin Covid-19 pertama mereka sehingga kelmarin manakala daripada jumlah itu, sebanyak 14 peratus telah divaksin sepenuhnya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here