Agensi Kastam dan Monopoli Itali telah merampas Rolls-Royce Phantom yang sepatutnya dihantar kepada sebuah syarikat di Rom.
Menurut agensi tersebut, kereta itu diimport dari Rusia tetapi didapati dilengkapi dengan ruangan dalam daripada bahan kulit buaya pada bahagian tempat duduk, armrest, dan panel pintu.
Walaupun suatu perkara yang tidak pelik jika sebuah Rolls-Royce diubah suai, namun buaya merupakan spesies yang dilindungi dan perdagangan barang yang melibatkan kulit haiwan ini berada di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam (CITES).
Menurut pegawai agensi itu, penggunaan kulit buaya dilarang tanpa kebenaran yang diperlukan.
Berkemungkinan besar, Rolls-Royce Phantom yang dirampas tersebut tidak memiliki dokumen yang tepat seperti yang dikehendaki oleh pihak berwajib.
Walau bagaimanapun, pihak bertanggungjawab sedang berusaha untuk mengeluarkan kulit buaya daripada kereta tersebut, dan mengurangkan masalah yang mereka hadapi.
Menurut satu agensi yang dikenali sebagai ADM, terdapat banyak barang dan objek yang disita, kerana diperbuat daripada spesis haiwan yang dilindungi atau terancam. Mereka juga akan sentiasa berjaga-jaga untuk jenayah seperti ini.
Sudah tentu, kesalahan ini mungkin mudah dikesan jika sesuatu barang tiba dalam bentuk kereta ultra-mewah dengan bahagian dalam yang disertakan dengan kulit buaya.
View this post on Instagram
Untuk makluman, penala dari Rusia, terkenal kerana menawarkan kulit yang ganjil untuk kenderaan mereka. Mereka pernah terlibat dalam penggunaan kulit zakar ikan paus, yang mencetuskan kemarahan pihak antarabangsa.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar