Sejak pelaksanaan PKP fasa ketiga, pihak polis sudah mula menggunakan dron sebagai satu inisiatif bagi memantau dan memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan.
Baru-baru ini seorang lelaki telah dirakam oleh dron pemantau polis dalam satu cubaan untuk merentas daerah di atas fly over pekan lama Parit Buntar.
Dalam rakaman video penuh, dia kelihatan cuba melepasi sekatan ketika melakukan aktiviti berbasikal, namun membatalkan hasrat dan berpatah balik apabila ternampak dron sedang merakam aksinya.
Tindakan lelaki itu yang cuba melanggar arahan pihak kerajaan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-rata ramai yang menemplak tindakannya yang tidak sensitif dengan jumlah penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Bahkan ada yang mahukan pihak polis berkongsi lebih banyak salah laku melalui rakaman dron supaya ia menjadi peringatan kepada orang ramai.
Cubaan rentas daerah secara haram di Parit Buntar yg sedang menjalani PKPD jam 7 pagi tadi. Terpaksa batalkan niat bila sedar dron merakam. pic.twitter.com/4QyU1JTy3E
— MyWatch (@My_CrimeWatch) May 28, 2021
Parit Buntar baru sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu kawasan terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes Covid-19.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar