MINI Cooper SE 2021: Teknologi EV terkini pada gaya klasik, RM218k

1326

icSelain dari pengenalan barisan baharu MINI Cooper S dengan tiga pilihan gaya badan, MINI Malaysia turut melancarkan Cooper SE, iaitu varian elektrik hatchback itu.

Ia menggabungkan teknologi EV terkini pada hatchback ikonik dengan gaya klasik, dan dijual pada harga RM217,470.73 lengkap dengan jaminan 4-tahun tanpa had perbatuan, jaminan bateri 8-tahun/100,000km, serta servis berjadual percuma.



Mari kita lihatkan aspek mekanikal dahulu. Ia dipacu oleh motor elektrik yang menjana 135kW (184hp) dan tork 270Nm yang dihantar ke roda depan.

Ini memberikan MINI Cooper SE jarak pemanduan 232km (mengikut kitaran WLTP) dan kelajuan maksima 150km/j. Pecutan dari 0 ke 100km/j boleh dicapai dalam 7.3 saat sahaja.

Anda boleh caj Cooper SE ini di rumah atau fasiliti awam. Dengan menggunakan pengecaj DC, bateri dalam keadaan sifar boleh dicaj hingga 80 peratus dalam 36 minit sahaja. Jika menggunakan MINI Wallbox Plus, pengecasan sama akan mengambil masa dua jam setengah.

Dari aspek gaya, MINI Cooper SE mendapat bahasa rekaan sama seperti Cooper S 2021 iaitu lampu LED dengan Matrix Functionality, gril heksagon, dan lampu kabus yang digantikan dengan tirai udara.

Unik pada model elektrik ini adalah beberapa kemasan kuning seperti lencana S dan warna cermin sisi, lampu signal dengan tulisan ‘Electric’, dan rim 17-inci dengan rekaan khas.

Ruang kabin kelihatan moden dan minimalis dengan papan pemuka landai. Gaya klasik MINI dikekalkan seperti dilihat pada skrin infotainmen bulat bersaiz 8.8-inci di tengah.

Tetapi ia tetap disulami teknologi seperti MINI Driving Mode, Head Up Display, Remote Services, dan Concierge Services. Green Driving Assist pula khas untuk panduan dalam pemanduan efisyen dengan memaparkan maklumat seperti tahap bateri, jarak operasi dan mengesan lokasi pengecasan terdekat.

Untuk keselamatan, MINI Cooper SE dilengkapi ciri terkini seperti Park Assistant, Park Distance Control, Cruise Control dengan fungsi brek automatik, dan Lane Departure Warning.

Cooper SE ini hadir dengan warna unik White Silver dengan bumbung hitam, British Green dengan bumbung dan cermin sisi hitam, dan Midnight Black dengan bumbung putih.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here