Satu lot parkir di Hong Kong dijual pada RM5.3 juta!

1186

Satu lot tempat parkir kereta di kompleks pangsapuri mewah yang terletak di Hong Kong telah dijual pada harga HK$10 juta (RM5.3 juta).

lot parkir hong kong

Lot parkir berukuran 12.5 meter persegi itu ialah sebahagian daripada di The Peak, sebuah kawasan mewah yang telah menjadi tumpuan beberapa penduduk paling kaya di bandar tersebut sejak zaman penjajahan lagi.



The Peak adalah kawasan setinggi lebih 500 meter di Hong Kong.

lot parkir hong kong

Selain itu, lot parkir tersebut menawarkan pemandangan menakjubkan dari Victoria Harbour, dan beberapa lokasi hartanah paling mahal di dunia.

Pengarah Jualan di Agensi Hartanah Centaline cawangan The Peak, William Lau berkata ianya sudah pasti merupakan petak parkir paling mahal di Hong Kong. 

Sementara individu kaya di Hong Kong tidak kisah membelanjakan wang untuk kediaman mereka, berjuta-juta penduduk bandar itu berjuang untuk membayar sewa di pangsapuri shoe-box, yang bersaiz lebih kecil dari sebuah tempat parkir kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here