Kelonggaran pembaharuan lesen memandu dan LKM pada 1 Jun hingga 31 Julai 2021

2738

Kerajaan menawarkan lanjutan inisiatif kelonggaran pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor susulan total lockdown yang dikuatkuasakan.

pembaharuan lesen

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini, dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun hingga 31 Julai 2021.



Walau bagaimanapun, para pemandu diingatkan supaya memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

pembaharuan lesen

Selain itu, pemegang lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang telah atau bakal tamat tempoh mestilah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan.

Pengecualian tesebut turut diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here